Saturday, June 1, 2013

Rumusan Pertandingan

Salam sejahtera.

Pertandingan telah selamat dijalankan pagi tadi. Tahniah kepada para peserta. Penglibatan semua anggota, tak kira yang mendapat emas mahupun perak adalah lebih penting kerana penglibatan semua menjamin kesinambungan seni dikir barat di Singapura.


Komentar Pengadil

1. Pengadil ingin melihat senikata yang lebih sesuai untuk tahap persembahan peringkat sekolah rendah. Pengadil juga tidak ingin melihat penggunaan Bahasa Inggeris dalam naskhah senikata yang dihantar.

2. Pengadil bermohon agar para pelatih menitikberatkan cara tamrin (tambourine) digunakan dalam persembahan.

3. Pengadil berasa terpegun dengan persembahan dari Sekolah Rendah Woodgrove (Perempuan). Semangat serta mutu yang dipamerkan langsung tidak menjejas persembahan secara keseluruhan biarpun mereka agak terbatas dengan jumlah pendikir yang terlibat secara langsung. Syabas, Sekolah Rendah Woodgrove (Perempuan).

4. Barisan pengadil menyarankan agar pertandingan dijalankan seminggu selepas musim cuti bermula untuk meningkatkan lagi mutu persembahan setiap sekolah.



Rumusan Keputusan

Keputusan keseluruhan

1. Sekolah Rendah Greenwood (443 markah)
2. Sekolah Rendah Lakeside (418 markah)
3. Sekolah Rendah Woodlands Ring - Perempuan (410.5 markah)
4. Sekolah Rendah Woodlands Ring (392 markah)
5. Sekolah Rendah Woodgrove (389.5 markah)
6. Sekolah Rendah Qihua (386.5 markah)
7. Sekolah Rendah Tampines North (382 markah) - setelah dipotong 5 markah (11:27)
8. Sekolah Rendah Tampines North - Perempuan (369.5 markah)
9. Sekolah Rendah Canberra  (367.5 markah)
10. Sekolah Rendah Woodgrove - Perempuan (313.5 markah)


Keputusan Individu

Juara Terbaik
1. Greenwood (74 markah)
2. Woodlands Ring - Perempuan (57 markah)
3. Woodlands Ring / Qihua (54 markah)

Karut Terbaik
1. Greenwood (77 markah)
2. Lakeside (76 markah)
3. Tampines North (75 mariah)

Senikata Terbaik
1. Tampines North (73 mariah)
2. Woodgrove (72 markah)
3. Greenwood (70 markah)

Paluan Terbaik
1. Woodlands Ring - Perempuan (87 markah)
2. Greenwood (84 markah)
3. Lakeside (82.5 markah)


Awok-awok Terbaik
1. Woodlands Ring - Perempuan (74.5 markah)
2. Lakeside (73.5 markah)
3. Greenwood (71 markah)
4. Canberra (70.5 markah)


Demikianlah keputusan muktamad pertandingan Si Cilik 2013.


Nota
1) Bermula tahun 2014, pertandingan ini akan disokong dan bukan dijalankan oleh Gabungan Singapore Dikir Barat Federation. Pihak kami sedang berusaha untuk menjalinkan hubungan kesenian bersama pihak Kementerian Pendidikan dengan harapan agar lebih banyak sekolah yang akan mengambil bahagian.

2) Terdapat kesilapan ejaan bagi piala untuk sekolah -sekolah yang memenangi hadiah perak. Pihak kami akan memastikan trofi-trofi itu akan dihantar secara peribadi ke sekolah masing-masing selewat-lewatnya pada 15 Jun 2013.



Semoga kita bertemu lagi di pertandingan Si Cilik pada tahun 2014 kelak.

Sehingga kita bersua lagi, majulah seni bangsa berdaulat.


Yang menjalankan tugas,
Djohan A Rahman


gambar dipetik oleh Sdr Hydil Kwok








No comments:

Post a Comment