Monday, May 17, 2010

Pendaftaran

Salam dikir buat semua sekolah yang mengambil bahagian.

Berikut merupakan waktu pendaftaran yang perlu diambil perhatian. Setiap sekolah diminta mendaftarkan diri di Yio Chu Kang CC pada pukul 9 pagi. Pertandingan akan bermula pada pukul 10 pagi.

Penonton hanya akan dibenarkan masuk pada pukul 9.30 pagi. Setiap kumpulan dikir barat yang masih berpakaian seragam dibenarkan masuk ke dalam dewan setelah persembahan masing-masing.

Sekolah-sekolah yang ingin membuat tempahan tiket, harap dapat membuat tempahan awal sebelum tiket habis dijual.


Sila buat tempahan melalui Saudara Djohan melalui emel djohanrahman@hotmail.com



Terima kasih.