Tuesday, June 8, 2010

Keputusan

Salam hormat kepada semua. Berikut merupakan keputusan pertandingan Dikir Barat Si CIlik 10 setelah pihak pengadil membuat penilaian. Pada hari itu, terdapat sekolah yang telah menggunakan alat muzik selain daripada yang diizinkan. Namun, setelah perbincangan dilakukan, pihak penganjur telah mengambil keputusan untuk tidak memotong sebarang markah pada tahun ini. Ini dilakukan atas rasa ikhsan kepada para pendikir yang telah berpenat lelah menjalankan latihan. Diharap perkara sebegini tidak lagi berulang pada tahun-tahun mendatang.

Keputusan telah dicapai oleh kata putus keempat-empat pengadil, tanpa sebarang campur tangan mana-mana pihak.


Keputusannya:

Gold with honours: Greenwood Primary (311 pts)

Gold: Xing Nan Primary (296 pts)
Gold: Woodlands Ring Pri (293 pts)

Silver: Lakeside Pri (291 pts)
Silver: Woodlands Ring Pri - Boys (286 pts)
Silver: Tampines North Pri - Girls (283 pts)
Silver: Tampines North Pri - Boys (279 pts)
Silver: Canberra Pri (277.5 pts)
Silver: Woodgrove Pri - Boys (276.5 pts)
Silver: Woodgrove Pri - Girls ((275 pts)
Silver: Qihua Pri (266.5 pts)

Karut Terbaik - Xing Nan Pri

Juara Terbaik - Greenwood Pri

Awok-awok terbaik - Greenwood Primary

Paluan Terbaik - Greenwood Pri

Senikata Terbaik - Woodlands Ring Pri - Girls



Sekian. Semoga pertandingan ini telah memberi manfaat kepada murid-murid yang terlibat.

Salam hormat kepada semua.


Yang menjalankan tugas,
Djohan A Rahman
President Singapore Dikir Barat Federation



Monday, May 17, 2010

Pendaftaran

Salam dikir buat semua sekolah yang mengambil bahagian.

Berikut merupakan waktu pendaftaran yang perlu diambil perhatian. Setiap sekolah diminta mendaftarkan diri di Yio Chu Kang CC pada pukul 9 pagi. Pertandingan akan bermula pada pukul 10 pagi.

Penonton hanya akan dibenarkan masuk pada pukul 9.30 pagi. Setiap kumpulan dikir barat yang masih berpakaian seragam dibenarkan masuk ke dalam dewan setelah persembahan masing-masing.

Sekolah-sekolah yang ingin membuat tempahan tiket, harap dapat membuat tempahan awal sebelum tiket habis dijual.


Sila buat tempahan melalui Saudara Djohan melalui emel djohanrahman@hotmail.com



Terima kasih.

Monday, February 22, 2010

Pasca Taklimat

Salam hormat kepada semua. Berikut merupakan urutuan persembahan selepas majlis taklimat.

1. Lakeside
2. Tampines North (G)
3. Woodlands Ring (B)
4. Tampines North (B)
5. Qihua
6. Greenwood
7. Woodgrove (B)
8. Canberra
9. Woodlands Ring (G)
10. Xing Nan
11. Woodgrove (G)


a) Setiap kumpulan diminta menghantar senikata pada 13 Mac 2010, jam 4pm - 6pm di Kg Ubi CC. Pemotong 10 markah akan dibuat sekiranya penghantaran selepas waktu yang ditetapkan, dan tambahan 10 markah setiap hari bagi penghantaran selepas 13 Mac 2010.

b) Harga tiket adalah seperti berikut:
Dewasa (Sekolah menengah dan selanjutnya) : $10 setiap satu tiket
Kanak-kanak sekolah rendah : $5 setiap satu tiket
Pra sekolah : Percuma

c) Sekolah-sekolah digalakkan mengambil rakaman video, asalkan tidak mengganggu para penonton yang lain.

d) Tema bagi pertandingan : Seperti Kacang Lupakan Kulit



Selamat berlatih!!