Wednesday, June 11, 2014

Keputusan Penuh Si Cilik 2014

Salam sejahtera kepada para peserta juga kepada para guru yang terlibat dalam pertandingan Si Cilik 2014.

Selesai sudah pertandingan yang dijalankan pada tahun ini.
Berikut merupakan keputusan penuh pertandingan Si Cilik 2014.



1. Sekolah Rendah Greenwood (380.5)
2. Sekolah Rendah Qihua (364)
3. Sekolah Rendah Lakeside (363)
4. Sekolah Rendah Woodlands Ring (355)
5. Sekolah Rendah Tampines North - Perempuan (306)
6. Sekolah Rendah Tampines North - Lelaki (303)
7. Sekolah Rendah Canberra (299)


Senikata Terbaik
1. Greenwood (80.5)
2. Lakeside (74.5)
3. Woodlands Ring (72.5)

Juara Terbaik
1. Qihua (80.5)
2. Woodlands Ring (74)
3. Greenwood (73)


Karut Terbaik
1. Greenwood (76)
2. Qihua (74.5)
3. Tampines North - Perempuan (72.5)

Paluan Terbaik
1. Greenwood (77)
2. Lakeside (73.5)
3. Qihua (68)

Awok-awok Terbaik
1. Lakeside (80.5)
2. Qihua (76.5)
3. Greenwood (74)


Tahniah kepada semua pemenang. Yang tidak berjaya, pertingkatkan usaha dan semangat. Janganlah berputus asa. Kita bersua lagi pada Si CIlik 2015 kelak.



Nota
1. Sekalung budi buat Cikgu Eity dari Sekolah Rendah Woodlands Ring atas usaha gigihnya sejak tahun 2001.
2. Terima kasih juga buat para guru dari Sekolah Rendah Tampines North. Pihak penganjur memaklumkan bahawa mereka akan tidak lagi melibatkan diri dalam siri pertandingan Si Cilik. Kami berterima kasih atas segala usaha yang dicurahkan kepada para pelajar sejauh ini.


Sekian, terima kasih.

yang menjalankan tugas,
Djohan A Rahman







Monday, February 17, 2014

Pertandingan Dikir Barat Peringkat Kebangsaan Si Cilik 14

Salam sejahtera.


Terima kasih kepada para wakil yang hadir pada majlis taklimat tempoh hari.
Setelah diadakan undian, urutan persembahan adalah seperti berikut:


1. Sekolah Rendah Tampines North
2. Sekolah Rendah Greenwood
3. Sekolah Rendah Qihua
4. Sekolah Rendah Woodlands Ring
5. Sekolah Rendah Lakeside
6. Sekolah Rendah Tampines North (Perempuan)
7. Sekolah Rendah Canberra
8. Sekolah Rendah Woodlands Ring (Perempuan)


Tarikh pertandingan akan jatuh pada 7 Jun 2014, bertempat di Kelab Masyarakat Potong Pasir.
Pertandingan akan bermula pada jam 10.30am.

Tema pertandingan: Main-main

Barisan pengadil:
1. R Azmann A Rahman
2. Djohan Bin Abdul Rahman
3. Muhd Anwar Ahmad Yusoff
4. Nurfaizal Ja'afar

Senikata harus dihantar melalui e-mel guru sekolah selewat-lewatnya pada jam 5 petang pada 16 Mei 2014.
Senikata yang dihantar selepas jam 5 petang akan dipotong markah keseluruhan.
Setiap kumpulan dibenarkan membuat persembahan tidak melawati 11 minit.

Para penonton hanya akan dibenarkan masuk pada jam 10 pagi.

Pihak sekolah digalakkan membuat rakaman pertandingan pada hari tersebut.



yang menjalankan tugas
Djohan A Rahman













Saturday, June 1, 2013

Rumusan Pertandingan

Salam sejahtera.

Pertandingan telah selamat dijalankan pagi tadi. Tahniah kepada para peserta. Penglibatan semua anggota, tak kira yang mendapat emas mahupun perak adalah lebih penting kerana penglibatan semua menjamin kesinambungan seni dikir barat di Singapura.


Komentar Pengadil

1. Pengadil ingin melihat senikata yang lebih sesuai untuk tahap persembahan peringkat sekolah rendah. Pengadil juga tidak ingin melihat penggunaan Bahasa Inggeris dalam naskhah senikata yang dihantar.

2. Pengadil bermohon agar para pelatih menitikberatkan cara tamrin (tambourine) digunakan dalam persembahan.

3. Pengadil berasa terpegun dengan persembahan dari Sekolah Rendah Woodgrove (Perempuan). Semangat serta mutu yang dipamerkan langsung tidak menjejas persembahan secara keseluruhan biarpun mereka agak terbatas dengan jumlah pendikir yang terlibat secara langsung. Syabas, Sekolah Rendah Woodgrove (Perempuan).

4. Barisan pengadil menyarankan agar pertandingan dijalankan seminggu selepas musim cuti bermula untuk meningkatkan lagi mutu persembahan setiap sekolah.



Rumusan Keputusan

Keputusan keseluruhan

1. Sekolah Rendah Greenwood (443 markah)
2. Sekolah Rendah Lakeside (418 markah)
3. Sekolah Rendah Woodlands Ring - Perempuan (410.5 markah)
4. Sekolah Rendah Woodlands Ring (392 markah)
5. Sekolah Rendah Woodgrove (389.5 markah)
6. Sekolah Rendah Qihua (386.5 markah)
7. Sekolah Rendah Tampines North (382 markah) - setelah dipotong 5 markah (11:27)
8. Sekolah Rendah Tampines North - Perempuan (369.5 markah)
9. Sekolah Rendah Canberra  (367.5 markah)
10. Sekolah Rendah Woodgrove - Perempuan (313.5 markah)


Keputusan Individu

Juara Terbaik
1. Greenwood (74 markah)
2. Woodlands Ring - Perempuan (57 markah)
3. Woodlands Ring / Qihua (54 markah)

Karut Terbaik
1. Greenwood (77 markah)
2. Lakeside (76 markah)
3. Tampines North (75 mariah)

Senikata Terbaik
1. Tampines North (73 mariah)
2. Woodgrove (72 markah)
3. Greenwood (70 markah)

Paluan Terbaik
1. Woodlands Ring - Perempuan (87 markah)
2. Greenwood (84 markah)
3. Lakeside (82.5 markah)


Awok-awok Terbaik
1. Woodlands Ring - Perempuan (74.5 markah)
2. Lakeside (73.5 markah)
3. Greenwood (71 markah)
4. Canberra (70.5 markah)


Demikianlah keputusan muktamad pertandingan Si Cilik 2013.


Nota
1) Bermula tahun 2014, pertandingan ini akan disokong dan bukan dijalankan oleh Gabungan Singapore Dikir Barat Federation. Pihak kami sedang berusaha untuk menjalinkan hubungan kesenian bersama pihak Kementerian Pendidikan dengan harapan agar lebih banyak sekolah yang akan mengambil bahagian.

2) Terdapat kesilapan ejaan bagi piala untuk sekolah -sekolah yang memenangi hadiah perak. Pihak kami akan memastikan trofi-trofi itu akan dihantar secara peribadi ke sekolah masing-masing selewat-lewatnya pada 15 Jun 2013.



Semoga kita bertemu lagi di pertandingan Si Cilik pada tahun 2014 kelak.

Sehingga kita bersua lagi, majulah seni bangsa berdaulat.


Yang menjalankan tugas,
Djohan A Rahman


gambar dipetik oleh Sdr Hydil Kwok








Monday, May 27, 2013

Berita Mutakhir

Salam sejahtera.


Pastinya semua sedang sibuk mengemas kini persembahan masing-masing.


Ingin diingatkan, setiap kumpulan bakal mendapat 10 tiket kanak-kanak dan 2 tiket dewasa (khas buat guru) secara percuma.

Tiket-tiket tambahan akan dijual di pintu masuk. Harga bagi tiket-tiket tersebut adalah:

$10 untuk orang dewasa (13 tahun ke atas)
$5 untuk kanak-kanak (peringkat sekolah rendah)
percuma bagi mereka yang berusia 6 tahun ke bawah



Pertandingan akan dijalankan di Kelab Masyarakat Potong Pasir pada hari Sabtu ini, 1hb Jun 2013. Pertandinga akan bermula pada jam 11 pagi dan dijangkakan akan berakhir pada jam 1 petang.

Setiap sekolah diminta melaporkan diri pada jam 10 pagi.

Pintu akan dibuka kepada para penonton pada jam 10.30 pagi.



Selamat bertanding!



yang menjalankan tugas
Sophian Hadi




Wednesday, February 6, 2013

Salam sejahtera.

Berikut merupakan urutan persembahan berdasarkan cabutan nombor undian yang dijalankan pada hari Sabtu lalu.


1. Qihua
2. Woodgrove (Perempuan)
3. Woodlands RIng 
4. Lakeside
5. Tampines North 
6. Tampines North (Perempuan)
7. Canberra
8. Woodlands Ring (Perempuan)
9. Woodgrove
10. Greenwood


Para guru diingatkan supaya memberi nama kumpulan bagi kumpulan masing-masing. Guru juga diminta menghantar senikata melalui akaun iConnect masing-masing.

Tarikh penghantaran senikata jatuh pada 16 Mac 2013, selewat-lewatnya jam 8 malam. Senikata itu harus dihantar ke alamat e-mel yang berikut:



nurfaizal.jaafar@gmail.com



Akhir kalam, selamat berlatih kepada semua yang terlibat.


Yang menjalankan tugas,
Sophian Hadi







Wednesday, January 23, 2013

TEMA Si Cilik 2013

Salam sejahtera,

Tema bagi pertandingan tahun ini ialah:


ibu jari 
(ikhsan Sdr Nurfaizal - panel juri)



Setiap sekolah diminta membuat persiapan awal untuk menghasilkan senikata agar tidak menjejas mutu persembahan.


Selamat bertanding!

yang menjalankan tugas,
Djohan A Rahman




Tuesday, January 22, 2013

Si Cilik 13

Salam sejahtera.


Berjumpa kita sekali lagi dalam pertandingan tahunan anjuran Gabungan Dikir Barat Singapura.
Pertandingan pada tahun ini akan pada 1 Jun 2013 pada jam 11 pagi di Kelab Masyarakat Potong Pasir.

Majlis taklimat akan dijalankan pada 2 Feb jam 10 pagi di Kelab Masyarakat Kampung Ubi.

Jumpa anda di sana!


yang menjalankan tugas,
Djohan A Rahman